Gara-gara pengantin lelaki, pasangan pengantin terpaksa nikah di balai polis

Menyelak helaian Metro hari ini, di Makassar, Indonesia telah berlangsungnya upacara penikahan dek kerana masalah undang-undang yang telah dilakukan oleh bakal pengantin lelaki sebelum majlis pernikahannya berlangsung.

Mencetuskan pergaduhan

Kejadian yang berlaku di Makassar ini berpunca daripada suspek yang merupakan bakal pengantin itu telah mencetuskan pergaduhan sehingga menyebabkan mangsa mengalami kecederaan yang parah akaibat dipukul olehnya dan seorang lagi rakannya yang turut bersubahat dalam kes tersebut.

"Dalam kejadian itu, mangsa bukan sahaja dipukul, malah telefon bimbitnya juga dicuri. Mereka kemudian menjual telefon bimbit tersebut."

-Ketua Polis-

Tarikh pernikahan tak boleh tunda

Menurut Ketua Polis daerah berkenaan, suspek yang berusia 19 tahun itu telah ditangkap 5 hari sebelum majlis pernikahannya berlangsung.

Namun yang demikian, pernikahan masih perlu diteruskan memandangkan pertukaran tarikh tidak boleh dibuat.

"Kami menyediakan ruang di surau dalam balai ini untuk pernikahannya. Disebabkan pandemik Covid-19 yang tidak membenarkan ramai tetamu, maka anggota polis di balai polis ini menjadi saksi pernikahan mereka."
-Ketua Polis -

Bercinta jarak jauh sementara waktu

Tambah Ketua polis itu lagi, walau bagaimanapun pasangan pengantin itu perlu berpisah untuk sementara waktu kerana suaminya perlu berdepan dengan tindakan undang-undang atas kesalahan yang dia lakukan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen