"Saya bersyukur kepada Allah kerana memilikimu..." - Edika Yusof titip kata romantis buat isteri tercinta

Kecekalan dan kesetiaan dalam menjaga isteri tercinta yang lumpuh sememangnya membuat ramai kagum akan pelakon tampan Edika Yusof.

Umum tahu bahawa Edika telah mengambil keputusan untuk mengurangkan penglibatan dalam industri hiburan dan memilih untuk menjaga isterinya yang lumpuh separuh badan sejak 16 tahun lalu.


Menerusi perkongsian terbaru pelakon berusia 54 tahun itu, dia telah memuat naik satu video di Instagram sempena ulang tahun perkahwinan mereka.

Dalam posting tersebut, Edika meluahkan ucapan yang sangat romantis bahawa dia merupakan suami paling bertuah kerana memiliki isteri tercinta di sisinya.

“Saya suami yang paling bertuah kerana memiliki awak sebagai isteri. Saya bersyukur kepada Allah kerana memilikimu. Happy Anniversary isteriku,” tulisnya.

Selain itu, isterinya Nor Hidayah Yusri juga terlihat tersenyum gembira kerana bersyukur memiliki seorang suami yang setia dalam menjaga selama ini.



Sebak akan perkongsian tersebut, rata-rata warganet turut mengucapkan ulang tahun perkahwinan pada pasangan ini disamping memuji akan ketabahan Edika yang tidak semua lelaki mampu lakukan.

Anda masih keseorangan?

6 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen