Tak ada akses nak kelas online, Ebit Lew agih 100 tablet untuk pelajar

Oleh: Zuzu Yasmine

Bagi para pelajar yang tidak mengambil peperiksaan awam, hari pertama persekolahan mereka hanya bermula di rumah berikutan wabak Covid-19 masih lagi belum berjaya dihapuskan.

Bagaimanapun perkara tersebut menimbulkan masalah buat ibu bapa terutama mereka yang tidak mampu menyediakan peranti sesuai buat anak-anak mereka bagi mengikuti Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara atas talian.


Dengan itu, proses pembelajaran akan terganggu kerana ada yang tidak dapat menyertai kelas secara atas talian yang dilakukan oleh guru mereka.

Beli 100 tablet buat pelajar memerlukan

Bersimpati akan nasib yang menimpa para pelajar, Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan keprihatinannya mengambail inisiatif untuk membantu ringankan beban mereka memerlukan.

Tular di media sosial semalam, beliau memuat naik sebuah posting di Instagram dimana telah membeli sebanyak 100 buah tablet baru untuk dihadiahkan kepada para pelajar yang memerlukan.

“Pohon doakan ya. Baru beli 100 Tab untuk hadiahkan pada pelajar yang memerlukan,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sehubungan dengan itu, beliau juga meminta sesiapa yang memerlukan tablet berkenaan boleh menghubungi dirinya.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya memuji akan tindakan pendakwah tersebut malah turut mendoakan kesejahteraan beliau agar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen