Che Puan Khaleeda cerita pertemuan pertama dengan TMJ

Oleh: Zuzu Yasmine

Sentiasa dianggap sebagai salah satu pasangan romantis, pastinya ramai yang ingin tahun pertemuan pertama Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim bersama isteri, YAM Che Puan Khaleeda Bustamam.



Berdasarkan sumber, pasangan diraja ini dikatakan bersatu kerana cinta pandang pertama malah saling tidak mengenali antara satu sama lain.



Menurut sumber, TMJ turut berkongsi sedikit pertemuan pertama mereka, yang mana ketika itu Che Puan Khaleeda tidak mengetahui bahawa beliau merupakan kerabat diraja ketika mereka bertemu buat pertama kali.

“Apabila dia (Che Puan Khaleeda) pulang ke Malaysia, dia tidak tahu siapa saya sebab ketika itu saya merupakan salah seorang daripada pemain polo, dan tidak dikelilingi dengan pengawal,” jelas TMJ melalui portal itu.

Jawapan yang dikongsikan TMJ sama seperti Che Puan Khaleeda apabila salah seorang pengikut di laman Instagram menanyakan soalan yang sama.


Che Puan Khaleeda yang ketika ini sedang sarat hamil anak keempat, turut memberitahu bahawa mereka bertemu melalui sebuah kejohanan polo di sekitar ibu negara.



Terdahulu, Tunku Ismail selamat diijabkabul dengan Che Puan Khaleeda di Istana Bukit Serene pada 24 Oktober, 2014.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen