Sebak anak kecil tiada harapan untuk melihat, ibu ayah janji beri kasih sayang sama rata

Oleh: Zuzu Yasmine

Setiap pasangan suami isteri tentunya terasa teruja akan kelahiran cahaya mata yang ditunggu-tunggu, tidak kiralah yang pertama mahupun seterusnya rasa gembira itu pasti ada.

Anak bukan sahaja amanah yang perlu dijaga sebaiknya oleh kedua ibu bapa, namun anak juga merupakan penyeri dan pengikat kasih sayang antara suami dan isteri.


Bagaimanapun, seorang ibu bapa tentunya mahukan anak yang bakal dilahirkan sihat seperti kanak-kanak yang lain, akan tetapi perancangan Allah lebih sempurna dari yang disangka.

Dari awal semuanya kelihatan normal

Menerusi Facebook Puan Rodzaila Razali yang berkongsi kisah akan kelahiran anak keduanya yang tidak seperti kanak-kanka lain, walaupun ketika kehamilan tiada sebarang masalah yang dialami.

Namun, ketika usia kandungan mencecah 36 minggu, doktor yang merawatnya mengesan akan lilitan kepala baby tersebut terlihat lebih kecil berbanding lilitan normal.


Terpaksa bersalin awal secara Czer

Atas nasihat doktor, Puan Rodzaila terpaksa bersalin lebih awal secara Czer berikutan bayi mengalami masalah jantung malah anaknya juga dimasukkan NICU bagi bantuan penafasan.



Menurutnya, awalnya anaknya kelihatan seperti biasa cuma matanya sahaja yang belum buka sehingga doktor dapat mengesan sesuatu yang abnormal pada bayinya itu.



Berita meruntuhkan hati

Pada hari kelima kelahiran bayinya, doktor telah menghantar sampel untuk membuat ujian genetik malah ketika mendapat keputusan, doktor menyatakan bahawa pembentukan mata anaknya sedikit terganggu.

Malah, keputusan yang diterima sangat mengejutkan mereka pasangan suami isteri yang mana anaknya sememangnya tidak mempunyai harapan untuk melihat.


Walaupun hilang kata-kata untuk saling bebicara setelah mengetahui keadaan anaknya, namun mereka suami isteri akan sedaya upaya menjaga dan membesarkan anak yang begitu istimewa itu.

 



Semoga pasangan suami isteri ini tabah dengan ujian ini dan terus kuat untuk membesarkan Rafeeq Zakheef.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen