Saman bapa kerana harta pusaka, anak meninggal sehari sebelum perbicaraan

Harta pusaka sememangnya isu yang agak sensitif dalam kalangan keluarga, malah perebutan harta tersebut boleh menyebabkan bermasam muka hingga memutuskan ikatan persaudaraan.

Gara-gara tidak berpuas hati, seorang wanita sanggup menfailkan saman terhadap bapa kadung sendiri. Kejadian tersebut dipercayai berlaku di sebuah daerah di Bandung, Indonesia.


Menerusi laporan Tribun News, Koswara yang berumur 85 tahun telah disaman oleh anak ketiganya sebanyak Rp 3 bilion (Rm863,859).



Difahamkan, anak tersebut Masitoh berkhidmat sebagai peguam telah mengemukakan saman bersama abangnya.

Tuntutan saman tersebut dipercayai berpunca dari tanah pusaka seluas 3,000 meter per segi milik keluarga itu.

Meskipun begitu, Masitoh dilaporkan meninggal dunia sehari sebelum proses perbicaraan berlangsung di Mahkmah Daerah Kes Bandung.



Menurut sumber, arwah dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung malah telah dikebumikan pada tarikh yang sama ketika perbicaraan itu berlaku.

Pada hari perbicaraan, Koswara hadir ke mahkamah bersama anaknya yang kelima bernama Hamidah dan berita mengenai kematian itu hanya diberitahu selepas persidangan habis dibicara sebelum hadir ke makam bersama-sama.


Menurut bapa kepada enam orang anak itu, dia menyatakan bahawa tanah tersebut bukan hanya miliknya seorang malah milik bersama dengan adik-adiknya.

“Dia (anak lelakinya) selalu bergaduh dengan abang dan adiknya, saya bimbang, takut ada apa-apa. Tanah itu bukan saya saja yang punya, masih ada adik-adik saya, mereka sepakat meminta tanah itu dijual,” kata warga emas itu.

Selain itu, menurut peguam Masitoh iaitu Komar Sarbini, saman difailkan kerana Hamidah dan Koswara didakwa melanggar undang-undang dan menafikan kontrak perjanjian pewarisan tanah yang seluas 0.3 hektar milik warga emas berkenaan.

Anda masih keseorangan?

6 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen