Miliki misai & janggut persis lelaki, gadis yakin dirinya tetap cantik

Oleh: Zuzu Yasmine

Semua perempuan tentunya suka akan kecantikan di wajah mereka, malah sanggup berhabis duit nak nampak cantik.

Sangat merunsing perempuan apabila timbul keseketul dua jerawat pada wajah, malah kalau ada bulu tumbuh sedikit pun dan cari pelbagai usaha nak hilangkan.

Gadis miliki misai dan janggut

Bagaimanapun, lain pula akan nasib gadis ini apabila wajahnya ditumbuhi misai dan juga janggut yang persis seperti orang lelaki.


Mesra dengan panggilan Cica, dia kelihatn begitu yakin menayang keunikan di wajanya yang memiliki bulu-bulu seperti lelaki.



Menerusi perkongsian video di aplikasi TikTok, Cica tetap kelihatan manis walaupun memiliki misai dan janggut yang bukan sedikit tetapi bulu berkenaan tumbuh agak lebat.



Dah cuba dapatkan rawatan

Bukan tidak melakukan pelbagai usaha, namun menurut Cica dia telah mencukur malah telah membuat rawatan laser namun hasilnya tetap masih sama.


Jelasnya, setelah mendapatkan pemeriksaan doktor, dia dimaklumkan bahawa dia menghidap ‘hirsutism’ iaitu pertumbuhan bulu lebat yang berlaku di fasa umur dalam waktu subur.



Meskipun begitu, gadis yang belajar dalam jurusan perundangan dari Indonesia ini terima kelebihan tersebut sebagai sesuatu yang unik buat dirinya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memuji kecantikan gadis tersebut malah ada juga yang turut berkongsi nasib yang sama cuma tidak seteruk seperti Cica.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen