Gara-gara lahir ketika banjir, bayi perempuan diberi nama 'Siti Noor Banjiriah'

Hanya kerana lahir ketika waktu banjir, seorang bayi perempuan diberi nama ‘Siti Noor Banjiriah’ bersempen kampungnya dinaiki air.

Menurut sumber, seorang mangsa banjir di Indonesia yang sedang sarat hamil bernama Ernawati mengalmai saat genting apabila ingin melahirkan cahaya mata.

Difahamkan, ketika mendengar wanita berkenaan memerlukan bantuan, dua orang bidan datang ke rumahnya bagi membantu Ernawati serta menghantarnya ke tempat bersalin.


Namun, kerana keadaan banjir di kampung tersebut agak teruk, dimana hampir semua jalan raya tidak boleh dilalui oleh kenderaan maka mereka terpaksa menggunakan perahu sebagai pengangkutan utama.

Bayi bakal dilahirkan bila-bila masa

Bagaimanapun, ketika baru sahaja menaiki perahu, Ernawati dikatakan sudah tidak dapat menahan kesakitan malah merasakan bayinya bakal keluar bila-bila masa.

Tidak mahu melengahkan masa, dua orang bidan tersebut terus menolong membantu memudahkan proses bersalin di atas perahu yang mereka naiki itu.

Kejadian tersebut sempat dirakam oleh seorang penduduk tempat sebelum memuat naik video tersebut ke laman Facebook.



Tidak lama selepas menaiki perahu

Berdasarkan laporan Tribun News, salah seorang bidan berkenaan menyatakan bahawa ketika mereka menaiki perahu, laluan untuk bayi dilahirkan sudah terbuka.

"Ketika kami datang, rahimnya sudah terbuka habis dan sudah sedia untuk melahirkan,” luah Arfat kepada pihak wartawan yang menemubual dirinya.

Sehubungan dengan itu, Ernawati selamat melahirkan seorang bayi perempuan sihat yang memiliki berat 3.3 kilogram selain mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu proses kelahiran anaknya itu.

Alhamdulillah saya dan bayi saya yang lahir normal berada dalam keadaan sihat,” ujarnya.

Disebabkan anaknya itu lahir di atas perahu ketika waktu banjir, bayi perempuan berkenaan diberi nama ‘Siti Noor Banjiriah’ bersempena kejadian tersebut.

Anda masih keseorangan?

6 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen