Nak hilangkan bosan, giliran penghuni wanita pula berzapin tunjuk bakat di MAEPS

Meskipun dijangkiti wabak Covid-19 dan terpaksa menjalani kuarantin dia Pusat Kuarantin Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), namun semua persakit perlu kekal positif lalui perkara tersebut.


Jika sebelum ini para pesakit lelaki tular di media sosial kerana melakukan fashion show ketika sedang dikuarantin, nampaknya kali ini giliran pesakit wanita pula.

Sakan berzapin

Video tersebut telah dimuat naik oleh pengguna aplikasi TikTok yang dikenali Farah Sulaiman, yang ketika ini sedang menjalani kuarantin di MAEPS serdang.

Berbeza dengan ‘geng lelaki’, para pesakit wanita cuba menunjukkan bakat serta menghiburkan hati dengan menari zapin.

Menerusi video yang dikongsi, terlihat pesakit wanita memakai baju polka dot berwarna pink yang dikatakan itu ibu-ibu bersalin berserta seluar hijau untuk pesakit biasa.



Gelagat mereka itu dikongsikan kepada umum sebagai satu bentuk motivasi kepada diri sendiri malah merapatkan hubungan dengan kenalan baru yang dikenali di pusat kuarantin tersebut.

Kena kekal positif

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur akan reaksi tersebut malah turut mendoakan kesembuhan mereka semua.

Anda masih keseorangan?

6 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen