PPE under bajet, warganet terhibur lihat gelagat Aeril Zafrel dan Wawa Zainal

Oleh: Zuzu Yasmine

Semalam, pelakon dan juga usahawan terkenal Aeril Zafreal telah menyatakan bahawa dirinya dijangkiti Covid-19 menerusi laman Instagram miliknya.

Malah, kesemua ahli keluarga serta orang terdekatnya telah menjalani ujian saringan dan mendapati negatif akan wabak tersebut.


Berikutan itu, Aeril ketika ini sedang jalani kuarantin kendiri di rumahnya. Anak dan isterinya juga dipercayai tinggal di bilik berasingan agar tidak dijangkiti akan wabak tersebut.

Susuk tubuh warna hitam

Bagaimanapun, hari ini Aeril memuat naik satu video di Instagram miliknya yang mencuri tumpuan warganet.


Menerusi video tersebut terlihat seseorang yang lengkap dengan pakaian perlindungan diri (PPE) berwarna hitam serta berkaca mata gelap telah masuk ke dalam billiknya.

“Nampak sekejap pun jadilah. Hehe macam pocong dah. Cer teka sapa?” soal Aeril di Instagram miliknya.

Susuk tubuh yang serba hitam itu dipercayai isterinya Wawa Zainal yang masuk ke dalam bilik berkenaan bagi mengambil barang keperluan diri yang diperlukan.



Menurut Wawa, dia masuk ke ruang berkenaan untuk mengambil beberapa barang keperluannya namun hanya sempat mencapai beberapa helai pakaian kerana pakaian serba hitam tersebut terlalu panas.

Antara sedih dan kelakar

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur akan gelagat pasangan suami isteri ini, malah mereka juga menyatakan bahawa ketika itu pastinya ada perasaan sedih dan juga terasa lucu.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen