Berang cuti tak lulus, lelaki mengamuk baling tong gas dari tingkat 5

Sebagai manusia biasa kita akan terdedah dengan pelbagai masalah sama ada di tempat kerja, rumah dan sebagainya. Namun tidak semua orang mampu untuk mengharunginya secara sendiri. Semakin banyak yang di simpan dan pendam, semakin mendorong seseorang itu mengalami tekanan dan sekaligus menyebabkan segala tindakannya boleh mencapai sehingga ke tahap di luar kawalan.

Semalam di Melaka, telah dilaporkan satu kes di mana seorang pemuda membaling tong gas dari tingkat 5 di pangsapuri miliknya. Kejadian dilaporkan berlaku pada jam 1.30 pagi.

Berang cuti tidak diluluskan

Kejadian yang terjadi di Melaka awal pagi ini adalah berpunca daripada seorang lelaki yang berang kerana cutinya tidak diluluskan oleh pihak majikan.

Laporan awal itu telah dikongsikan oleh Ketua Polis Daerah Melaka Tengah iaitu Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad ke atas suspek yang bertindak agreasif pada jam 1.30 pagi di pangsapuri kediamannya. 

"Siasatan awal mendapati, lelaki berusia 25 tahun itu berang selepas majikannya  tidak meluluskan cuti pulang ke kampung untuk menziarahi bapanya yang sakit."

-Ketua Polis Daerah Melaka Tengah-

Kerosakan harta benda awam

Tindakan pemuda agreasif yang membaling tong gas dan beberapa peralatan lain dari tingkat 5 kediamannya itu telah mengakibatkan beberapa buah kenderaan yang diletakkan di tempat letak kereta berlaku kerosakan.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan.

Masalah mental

Susulan kejadian tersebut, pihak polis telahpun membawa pemuda tersebut ke balai polis untuk membuat siasatan lebih lanjut dan dia telah didapati mempunyai masalah mental yang menyebabkan dia bertindak sedemikian dan kini telah dihantar ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen