"Selama ni aku diam jaga aib suami..." - Isteri dedah Shuk kembali curang?

“Sedangakan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri”. Sekali lagi rumah tangga pengacara dan penyampai radio kembali menjadi perhatian warganet selepas isterinya mendedahkan Shuk kembali bermain kayu tiga.



Menerusi posting yang dimuat naik di Instagram milik isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendedahkan bahawa suaminya masih lagi menjalinkan hubungan dengan wanita yang sama iaitu Fara Salleh.

Diam jaga aib suami

Menurut perkongsiannya, selama ini dia telah mendiamkan diri dan bersabar demi menjaga aib suaminya, bagaimanapun keadaan semakin keruh dan menyakiti hatinya sendiri.

“Selama ini aku diam dah cakap diam, sabar kena maki walaupun bersabar dan bertahan demi menjaga aib suami,” kongsinya.

 

Nampak kasut Syuk

Dalam perkongsian yang lain, Rossalennah juga telah pergi ke rumah wanita yang dipercayai miliki hubungan dengan suaminya dan meminta untuk suaminya pulang namun terpaksa beredar dengan kehampaan.

“Aku suruh kau keluar, kau tak kluar.. kau tak balik duduk rumah betina ni. Aku dihalau macam orang tak ada maruah dan harga diri. Suami aku ada dalam rumah ni.

“Aku dah suruh buka untuk check tapi aku dihalau , kasut Syuk pergi kerja pagi tadi,” luahnya.

 

Kerap terima pesanan maki hamun

Selain itu, wanita kelahiran Sabah itu juah turut mendedahkan akan ‘kekasih’ suaminya kerap menghantar pesanan melalui WhatsApp yang memaki hamun dirinya.

Bagaimanapun, masih belum ada penjelasan akan perkara ini daripada pihak Shuk sendiri.

Terdahulu, Shuk pernah dikaitkan dengan Fara sekitar Julai tahun lalu, bagaimanapun perkara tersebut dapat diselesaikan dengan baik atas perbincangan dengan isterinya.

Shuk dan isteri telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2015 dan memiliki dua cahaya mata perempuan.




Anda masih keseorangan?

963,524 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen