7 tahun bercinta, wanita kecewa rumah tangga hanya bertahan tak sampai setahun

Bila hubungan cinta yang bertahun-tahun terbina itu berakhir dengan sebuah ikatan perkahwinan, tentunya perkara itu sangat membahagiakan.

Mana tidaknya bukan mudah nak pertahankan cinta yang belum tentu ada kepastian hingga ke alam rumah tangga. Namun, kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan segalanya.



Seperti wanita ini, apabila kisah rumah tangganya tidak seindah seperti yang dibayangkan walaupun sebelum ini mereka telah berkasih bertahun-tahun.

7 tahun jalinkan hubungan cinta

Kisah pilu itu dikongsikan menerusi TikTok oleh Dessi Cahya, yang mengimbas kembali kenangan menunjukkan beberapa keping gambar dirinya bersama bekas suaminya.

Menurutnya, mereka berdua telah bercinta sejak 7 tahun lalu dari zaman sekolah hinggalah ke alam perkahwinan, malah dalam perkongsian tersebut juga terselit video semasa suaminya melafazkan akad nikah.

Jelasnya, dia berkenalan pada Februari 2012 dan menjalinkan hubungan cinta sehingga Februari 2019, malah wanita berkenaan juga menyatakan bukan mudah untuk mencapai sejauh ini.



Rumah tangga hancur di tengah jalan

Mereka telah disahkan menjadi suami isteri pada Jun 2019, dan merasakan kebahagiaan selepas menempuhi pelbagai dugaan dilalui bersama.



Akan tetapi, nasib tidak menyebelahi mereka apabila usia perkahwinan mereka tidak lama malah hubungan bersama insan yang tersayang itu terhenti di tengah jalan.



Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet memberikan kata-kata semangat buat wanita berkenaan malah turut mendoakan jodoh yang baik buat wanita itu selepas ini.



Anda masih keseorangan?

6 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen