Mengaku tak ramai kawan seusia, hari ulang tahun tetap bermakna disambut bersama mak cik 'cleaner'

Ulang tahun kelahiran pasti meriah jika disambut dengan kenalan terdekat seperti kawan-kawan dan keluarga, Namun buat mereka yang sudah bertemu dengan cinta sejati, mereka akan menyambut dengan suami atau kekasih hati.

Bagi mengelakkan berlakunya kesenduan di hari ulang tahun kelahirannya, seorang pengguna akaun Tiktok yang dikenali sebagai Amira telah berkongsi satu video menjelang hari ulang tahunnya apabila dia menyambut dengan 'cleaner' tempat dia belajar.Tak ramai kawan sebaya

Sejak zaman dah moden, pemikiran manusia juga semakin moden seiring perubahan semasa. Sedar atau tidak, sekarang tak lagi kita  lihat individu yang suka berpuak dan bergaduh sesama kumpulan. Bukan tidak ada cuma semakin berkurangan ia terjadi.

Kini anak muda mempunyai pemikiran yang lebih matang dan terbuka. Berkawanlah dengan sesiapa pun asalkan tidak menjerumuskan seseorang itu kepada perkara yang memudaratkan.

Justeru itu, Amira mengakui bahawa dia tidak ramai kawan yang sebayar dengannya dan lebih suka berkawan dengan orang yang lebih tua darinya.

Berkongsi rezeki di hari ulang tahun

Menerusi video itu juga, Amira telah membeli dua biji kek dan makanan sampingan yang lain sebagai juadah tambahan. Kelihatan di situ tak jauh pon bezanya menyambut ulang tahun sendiri bersama dengan keluarga.

Selain dapat berkongsi rezeki dengan golongan yang memerlukan, perkara seperti itu dapatkan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim.

Selamat Hari Jadi Amira!

Pelbagai reaksi dan komen ditinggalkan oleh pengikutnya di TikTok. Bukan itu sahaja, gadis itu juga dihujani dengan ucapan 'Selamat Hari Jadi' dan rata-ratanya senang dengan tindakan dan sikapnya.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen