Belum ada simptom, pelakon Aprena Menrose positif Covid-19

Seorang lagi pelakon perempuan tanah air yang dikenali sebagai Aprena Menrose telah memaklumkan bahawasannya dia telah disahkan positif Covid-19 selepas membuat ujian calitan baru-baru ini.

Positif selepas saringan kedua

Menurut perkongsiannya di laman Instagram, itu merupakan hasil ujian calitan yang kedua dia terima dan mendapati dia positif Covid-19 pada 17 Januari yang lalu.

Pesakit Covid-19 bukan penjenayah

Kelihatannya pelakon yang terkenal dalam drama Tiada Arah Jodoh Kita ini juga turut memperingatkan supaya tidak memandang serong terhadap bekas-bekas pesakit Covid-19.

Menurutnya lagi, Aprena sepertinya tidak menyangka bahawa dia merupakan antara individu yang positif setelah membuat saringan kerana dia tidak mempunyai sebarang gejala-gejala yang ketara dan menasihati supaya jangan ragu-ragu untuk membuat saringan walaupun tiada sebarang gejala yang serius kerana hal itu akan menyebabkan ia merebak tanpa sedar.

"Pesakit Covid-19 bukan penjenayah. Kalau anda rasa ada gejala, tampilkan diri untuk buat saringan atau kuarantin di rumah selama 10 hari."

-Aprena-

Sentiasa positif

Susulan kejadian yang menimpa ke atas dirinya, Wan Syahera Putri Aprena atau lebih mesra dengan panggilan Aprena Menrose turut memberi kata-kata semangat kepada mereka yang pernah mengalami nasib yang sama sepertinya.

"Kepada semua yang senasib dengan saya, tenang dan sentiasa berfikiran positif. Kepada rakyat Malaysia tolonglah jadi seorang manusia yang bertanggungjawab. Patuhi prosuder operasi standard yang ditetapkan."
-Aprena-

Lihatlah betapa pentingnya pematuhan SOP ini bukan sahaja untuk kebaikan rakyat bahkan juga sebagai tanda kita menyahut seruan Kementerian Kesihatan dalam usaha memerangi wabak yang semakin menular di negara ini.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen