Selongkar tong sampah demi meneruskan kelangsungan hidup, pengorbanan ibu buat anak undang sebak

Saat kita sedang seronok dan selesa berehat di rumah, kita mungkin lupa dengan nasib golongan yang kurang berkemampuan yang mungkin sedang berpanas untuk memperolehi wang supaya tiada ahli keluarga yang kelaparan di malam hari.

Lain orang lain jalan cerita hidupnya. Telah dikongsikan video pendek oleh seorang pengguna akaun TikTok apabila dia terserempak dengan seorang wanita di tempat pembuangan sampah bersama dengan tiga orang anaknya yang masih kecil.

 

Pengorbanan ibu menyentuh hati

Video yang dikongsikan oleh pengguna akaun TikTok,  Nadya Zaira benar-benar menyentuh hati warganet apabila kelihatan seorang ibu sedang mencari sesuatu di dalam tong sampah bersama dengan tiga orang anaknya yang masih kecil.

Dalam sedang wanita berkenaan menyelongkar tong sampah besar itu, tidak semena-mena terakam situasi dia sedang mengesat air matinya dengan lengan baju lalu tertunduk sebentar. Mungkin tidak terbayang keperitan yang sudah dia dan keluarganya telah lalui selama ini.

Mengajar kita lebih bersyukur

Melihat kesusahan yang dialami oleh mereka di luar sana sepatutnya menjadikan kita lebih bersyukur dengan segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada kita.

Tambahan pula , menjelang PKP 2.0 ini pastinya bermacam-macam ujian dan dugaan yang sedang dihadapi oleh semua rakyat di luar sana namun kita masih diberi peluang untuk merasai nikmat bantuan yang diberikan oleh kerajaan bagi mengurangkan sedikit bebanan dalam kalangan kita.

Walau bagaimanapun, kita juga perlu tahu bahawa tak semua orang hidup bertemankan kemudahan internet dan sebagainya untuk mengakses masuk isi borang bantuan dan sebagainya. Justeru itu, jika berjumpa dengan orang yang kurang berkemampuan jangan kekok untuk memberi.

Semoga wanita tersebut dipermudahkan urusan

Mengunjung pula di bahagiaan komen ternyata rata-rata mereka turut sayu melihat nasib keluarga kecil itu. Semoga ada insan yang membantu.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen