Buat khidmat tulis surat kepada seseorang, hasil tulisan memang gempak habis

Sebelum adanya kecanggihan teknologi dunia hanya menggunakan surat untuk menyampaikan pesanan. Lambat atau cepat kebergantungan pada situasi dan keadaan.

Namun sejak mengalami perubahan zaman, pelbagai teknologi canggih mula diperkenalkan sehingga khidmat penghantaran surat jauh ketinggalan. Kini lebih mudah menggunakan email tanpa perlu beratur panjang untuk mengutus surat buat individu yang jauh di mata.

Walau bagaimanapun, sebenarnya masih terdapat individu yang masih menggunakan perkhidmatan surat ini bagi menghubungkan dua hati yang jauh di mata. 

Khidmat buat dan hantar surat tak lagi 'cliche'

Kisah gadis yang bernama Nur Izzati ini bermula sejak pelaksanaan PKP pada tahun yang lalu dan menjadi tular selepas dia ditemu ramah oleh salah satu program TV baru-baru ini.

Idea ini mula tercetus apabila dia melihat di laman Instagram terdapat banyak perkhidmatan membuat surat dan dia mula terinsiprasi untuk melakukan perkara yang sama di sini.

"Saya buat carian tentang rakan pena di Instagram. Kebanyakan mereka yang dari luar negara ini buat perkhidmatan tulis surat. Lepastu saya macam terfikir nak buat juga."

-Izzati-

Tambahnya lagi, ideanya itu turut disokong oleh salah seorang rakan penanya yang berada di luar negara.

Pelbagai jenis surat dihasilkan

Hasil temu bual tersebut, Izzati turut berkongsikan tentang anggapan orang yang mengatakan bahawa dia hanya mampu menghasilkan surat-surat cinta dengan tulisan berangkai. Jelas sekali itu perkara yang biasa.

Namun siapa sangka, ternyata dia juga turut menghasilkan pelbagai jenis surat seperti surat perpisahan, surat penghargaan buat ibu bapa bahkan untuk rakan-rakan juga sempena ulang tahun dan sebagainya

Bukan itu sahaja, permintaan yang tinggi juga Aina terima adalah untuk dijadikan barang hantaran dan hadiah ulang tahun perkahwinan.

Apa yang menampakkan hasil pena Izzati hebat?

Di samping itu, Izzati juga menawarkan pelbagai jenis tulisan dan juga kertas serta dakwat untuk membuat surat yang diminta oleh pelangan supaya tampil lebih eksklusif.

Harga mampu milik

Mentaliti orang kita terkadang merasakan bebiasaanya produk buatan melayu yang dibuat sendiri pasti mahal. 

Namun sebaliknya yang berlaku kepada Izzati, dengan tawaran harga serendah RM20 untuk setiap 100 perkataan tidak sedikit pun menjadi persoalan buat pelanggannya. Itu sudah memadai dengan barang-barang yang digunakan oleh Aina yang kelihatannya tidaklah menggunakan peralatan yang sebarangan.

Pelanggan bebas berkarya

Sebagai seorang pembikin tulisan cantik itu, Izzati tidak meletakkan sebarang halangan pun untuk pelanggannya turut berkarya seperti menghadkan isi kandungan surat, bahan yang digunakan dan sebagainya.

Namun, Izzati juga pernah diberi kepercayaan untuk mengarang sendiri isi kandungan surat yang diminta oleh pelanggan bersesuaian dengan penerima yang akan baca surat tersebut.

Masalah penghantaran

Kebanyakan pelanggan yang membuat pesanan daripada Aina, semuanya yang duduk berjauhan antara satu sama lain. Begitulah fungsi surat, mendekatkan dua hati yang jauh di mata. Walau bagaimanapun, gadis ini akan mengalami kesukaran untuk memastikan supaya surat yang dikirim untuk sampai kepada penerimanya.

Izzati juga seorang penjual yang tidak lepas daripada melakukan kesilapan, pada awalnya dia menggunakan perkhidmatan pos biasa yang menggunakan setem tapi apabila dia selalu mendapati bahawa pesanannya tidak sampai ke penerima, dia mula mencari alternatif lain iaitu menggunakan kurier.

"Masa mula-mula buat guna setem lepastu banyak surat yang tak sampai dekat penerima jadi saya guna perkhidmatan kurier untuk pos surat."

-Izzati-

Aktiviti yang pada awalnya hanyalah untuk mencuba kini Izzati dapat menjadikannya sebagai sumber pendapatan sampingan memandangkan dia masih seorang pelajar.

Walau apapun, diharapkan Izzati terus maju jaya dalam bisnes yang dilakukan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen