Suami kerap mual dan selalu ingin 'berkepit', rupanya isteri sedang 'berbadan dua'

Oleh: Zuzu Yasmine

Biasanya, wanita yang hamil sahaja akan berdepan ‘morning sickness’ ketika awal kehamilan antara 3 bulan pertama.

Bagaimanapun, jarang sekali untuk golongan suami mengalami simptom berkenaan walaupun kadang kala mereka tidak terlepas untuk hadapinya.

Suami muntah dan demam

Situasi tersebut dilalui oleh pasangan ini apabila suaminya dikatakan kerap muntah dan demam secara tiba-tiba.





Menerusi aplikasi TikTok Laila, dia mendedahkan bahawa suaminya sering muntah setiap kali makan serta memandu hingga mereka terpaksa berhenti di tepi jalan.

Bukan itu sahaja, dia juga menyatakan bahawa suaminya terkena demam panas dan tidak mahu berjauhan dengan isterinya.

Tak sangka hamil anak pertama

Laila menyatakan bahawa beberapa hari kemudian dia tergerak hati untuk membuat ujian kehamilan berikutan waktu tarikh datang bulannya telah lewat berbanding bulan sebelumnya.


Bagaikan tidak sangka, suaminya mengalami alahan terlebih dahulu sebelum dia mengetahui bahawa dirinya sudah berbadan dua.



Namun selepas mengetahui akan perkara tersebut, Laila pula yang terpaksa ‘sambung’ alahan tersebut manakala suaminya sudah tidak melalui perkara itu lagi.

Perkongsian tersebut telah dibanjiri ucapan tahniah oleh warganet malah, turut berkongsi pengalaman yang sama dengan pasangan masing-masing.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen