Hanya 100 hari, transformasi sekolah lama jadi moden buat orang ramai terkejut

Pelaksanaan PKP 2.0 yang telah dikenakan terhadap hampir kesemua negeri sehingga menyebabkan segala aktiviti yang sepatutnya perlu dilakukan secara fizikal berubah menjadi 'Work From Home'.

Ini bermakna segala agenda yang melibatkan orang ramai sama sekali tidak dibenarkan termasuklah murid-murid tidak dibenarkan untuk hadir ke sekolah sepanjang tempoh tersebut sehinggalah bermulanya cuti tahunan buat mereka sebagai warga sekolah

Di kesempatan itu, terdapat warga sekolah telah turun padang bersama-sama dengan pengetua sekolah mereka bagi menjalankan misi untuk mencantikkan sekolah dan telah mencuri perhatian media apabila perubahan yang dilakukan oleh mereka sangat drastik dengan tempoh waktu yang singkat.

Seminggu hanya untuk melawat kawasan

Datin Zamhirah Osman merupakan pengetua baru SMK Tunku Mahmood Iskandar, Batu Pahat. Jadi dia hanya menggunakan waktu seminggu untuk melawat kawasan sekitar sekolah barunya bagi tujuan mendapatkan informasi tentang sebarang kekurangan atau penambahbaikan yang mungkin boleh diketengahkan.

"Seminggu juga saya tengok keadaan sekeliling dan saya beritahu diri banyak perubahan yang perlu dilakukan bagi memastikan guru dan pelajar lebih selesa sepanjang temph berada di sekolah."

-Zamhirah-

Ketengahkan konsep 'Feels Like Home'

Beliau yang amat gemar dengan konsep Elegen telah mengetahkan konsep tersebut dalam proses pembaharuan kawasan SMK Tunku Mahmood bagi tujuan menarik minat pelajar dan warga sekolah rasa seronok dan selesa.

"Saya bukan sahaja mahu memberikan keselesaan tetapi mahu pelajar-pelajar menghabiskan lebih banyak masa di sekolah berbanding di tempat lain yang tidak membawa sebarang faedah."

-Zamhirah-

Tambah beliau lagi, kebanyakan hiasan yang digunakan dipengaruhi dengan elemen elegen yang menampakkan kemewahan.

Walau bagaimanapun, kesemuanya tidaklah menggunakan modal yang besar kerana ada sebahagiannya disumbang oleh beberapa kumpulan dan individu bagi menjayakan usaha murninya itu untuk mencantikkan sekolah berkenaan dan antaranya ialah daripada koperasi , ahli alumni, guru-guru dan komuniti lain.

Rata-rata mereka suka dan menyokong penuh terhadap usaha untuk mencantikkan sekolah tersebut.

Guna semula barang terpakai lebih bagus

Di samping itu, warga guru juga menggunakan semula perabot-perabot lama yang tersimpan yang sebenarnya masih elok dan kukuh. Cuma perlu gilap dan cantikkan dengan calitan cat supaya ia kelihatan baru dan lebih cantik.

Memang tidak dapat menyangkal lagi bahawa rata-rata insan yang bergelar guru ini pasti mempunyai sentuhan yang kreatif dalam setiap apa jua yang dilakukan.

"Saya juga bersyukur kerana di sekolah ini juga banyak tersimpan pelbagai perabit lama yang masih kukuh dan boleh digunakan semula dengan sedikit sentuhan kreativiti."

-Zamhirah-

Semuanya berubah

Percaya atau tidak hanya tempoh 100 hari sahaja, SMK Tunku Mahmood berubah dengan hasil usaha warga guru mereka. Nampak macam mustahil tetapi itulah sasaran yang diletakkan oleh Zamhirah sejak dia ditukarkan ke sekolah itu bermula Oktober yang lalu.

Pelbagai kemudahan yang tersedi di dalam sekolah itu yang bukan sahaja untuk kegunaan para pelajar bahkan untuk guru-guru juga.

Wujudnya 'Iskandar Digital Area' yang lengkap dengan 15 komputer serta kemudahan internet.

Nama dulunya kantin kini bertukar menjadi 'Iskandar La Cafe' yang berfungsi sebagai tempat makan para pelajar ketika waktu rehat.

Iskandar TV dan Radio FM  juga antara pembaharuan yang telah diubah oleh Zamhira

'Terima kasih warga guru'

Jelas Zamhira, kesemua warga guru memberikan komitmen cemerlang dalam memastikan impian untuk melihat sekolah itu dalam keadaan cantik tercapai.

Meskipun waktu mereka banyak dihabiskan terhadap transformasi itu sehingga terpaksa bekorban waktu cuti dan sebagainya tetapi dia percaya setiap kesusahan yang mereka lalui pasti ada kemanisan di penghujungnya.

"Saya cukup terhutang budi dengan semua jasa warga sekolah ini dan berharap selepas ini dapat melakukan perkara lain dalam mencantikkan lagi sekolah kesayangan kami ini."

-Zamhirah-

Anda masih keseorangan?

6 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen