Keluar lagu baru, syarikat rakaman pilih tak muat naik MV Hanna Delisha tak bertudung

Nama Hanna Delisha tidak asing lagi kedengaran. Dia bukan sahaja berkebolehan dan berbakat dalam bidang lakonan bahkan juga turut aktif sebagai seorang penyanyi.

Baru-baru ini Hannah Delisha telah membuat satu kejutan kepada semua peminatnya di luar sana apabila dia memadam sebanyak 800 foto imejnya yang tidak behijab di akaun Instagram miliknya. Tindakan itu ternyata mengejutkaan ramai pengikut Instagramnya namun tetap meraih pujian dan dianggap wajar.

MV single baru tidak dikeluarkan

Sejak memilih untuk bertudung, pergerakan Hannah Delisha dalam industri seni tidak banyak yang berubah, dia masih aktif berlakon dan baru-baru ini dia juga turut berjaya mengeluarkan satu lagi album baru yang bertajuk 'Terlalu Mudah".

Namun ada perkara yang syarikat rakaman tidak dapat memperkenankan apabila mereka bersetuju untuk tidak mengeluarkan muzik video lagu tersebut yang mana penggambarannya telah dijalankan pada tahun 2019 yang lalu.

Wakil syarikat pengurusan tersebut iaitu Karim Razali berkata keputusan itu telah dibuat selepas mengadakan perbincangan baru-baru ini.

Sepatutnya 'release' lebih awal

Memang tidak dapat dinafikan semenjak berlakunya pandemik Covid-19 ini, pelbagai agenda yang telah dibuat terpaksa ditangguh sehingga ke waktu yang sesuai.

Begitulah juga yang terjadi kepada syarikat rakaman ini yang sepatutnya merancang untuk mengeluarkan rakaman tersebut pada tahun 2020 namun terpaksa ditangguhkan disebabkan pelaksanaan PKP.

Demi menghormati imej terbaru

Meskipun Hannah Delishah telah memberi kebenaran untuk mengeluarkan rakaman itu memandangkan sewaktu rakaman itu dijalankan memang dia masih belum berhijab.

Akan tetapi hasil perbincangan sebulat suara bersama Faizal Tahir (Pengasas Faithful Music) yang turut hadir pada perbincangan itu juga bersetuju untuk tidak memuat naik video tersebut di Youtube kerana menghormati penampilan Hannah Delishah yang kini sudah bertudung.

Walaupun tanpa muzik video, lagu yang berjudul 'Terlalu Mudah' itu kini boleh didengari di corong radio dan boleh dimuat turun sekarang di dalam telefon bimbit. Meskipun dalam keadaan berhijab, Hannah Delishah mesih mendapat tempat di hati peminat-peminatnya di luar sana.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen