Ibu pening kepala anak 5 tahun 'order' sendiri kasut di Lazada, tahu-tahu je barang sampai

Oleh: Zuzu Yasmine

Kanak-kanak hari ini sememangnya lebih cerdik dan celik IT berbanding kanak-kanak terdahulu. Mana tidaknya, ketika ini penggunaan teknologi seperti gajet sememangnya menjadi kawan baik kepada kanak-kanak.

Bagaimanapun, penggunaan gajet yang berlebihan kadang kala akan membuat ibu bapa pening kepala dengan gelagat anak-anak mereka.



Seperti ibu ini yang alami dilema untuk meluahkan rasa marah atau kelakar apabila anaknya yang berusia 5 tahun sudah pandai membeli secara online.



Tiba-tiba dapat bungkusan

Perkara tersebut dikongsikan oleh Ain Musa menerusi laman Facebook Anak Sepahkan Apa Hari Ini?, yang menyatakan bahawa anaknya dalam diam membeli dua pasangan kasut dari Lazada.

Menurutnya, dia terkejut apabila didatangi abang Ninja van yang memberi salam sewaktu menghantar barang ke rumahnya. Seingatnya, dia tidak ada membuat pembelian namun pelik kenapa barangan tersebut tertera namanya.



Kerana terlalu rasa ingin tahu, Ain segera buka bungkusan yang diterima dan agak blur apabila melihat kasut budak-budak yang diterimanya.

Bukan beli satu tapi dua

Dalam keadaan bingung, dia cuba memeriksa laman pembelian online Shopee namun tiada, bagaimanpun semuanya terjawab apabila melihat Lazada.



Jelasnya, dia tidak tahu bila anak sulungnya itu bermain telefon miliknya dan membuat pembelian tersebut, malah dia juga rasa terkejut akan harga shipping dikenakan. Bahkan bukan satu yang dibeli, namun dua dengan niat untuk adiknya sekali.

Muka teruja tanpa rasa bersalah

Melihat anaknya begitu teruja dengan pembelian tersebut, Ain menyatakan dia rasa serba salah untuk memarahi anaknya itu.



Tambahnya, dia ada membelikan anaknya baju-baju Frozen dengan harapan ingin membuat kejutan buat anaknya, namun tak sangka pula dia yang dikejutkan dengan pembelian anaknya.

Ain menyatakan bahawa perkara ini memberi pengajaran kepadanya untuk lebih berhati-hati selepas ini.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai yang terhibur akan gelagat kanak-kanak perempuan itu, malah turut memuji kecerdikan anak itu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen