Masih letak gambar suami di Wallpaper telefon, Isteri Shuk dikritik netizen

Oleh: Zuzu Yasmine

Sememangnya kecoh kebelakangan ini apabila seorang penyampai radio, Shuk Sahar, 34, dikatakan kembali berlaku curang terhadap isterinya.



Hal tersebut menjadi perhatian warganet apabila isteri penyampai tersebut, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih mesra dipanggil Seraa membongkar kecurangan suaminya bersama seorang wanita bernama Fara Salleh Sabtu lalu.

Shuk pun ‘like’

Terbaru, Seraa telah memuat naik satu gambar wallpaper telefon bimbit yang menunjukkan wajahnya, Shuk serta anak mereka ketika melakukan review perniagaan telefon pintar.



Apa yang lebih mengejutkan, Shuk juga turut meninggalkan tanda suka di posting berkenaan sehingga gambar tersebut dibanjiri dengan pelbagai komen warganet.


Netizen tak puas hati

Bagaikan rasa tidak berpuas hati, warganet mula mempersoalkan tindakan Seraa yang membuat posting berkenaan sedangkan ketika ini isu tersebut sedang hangat diperkatakan orang ramai.



Tidak itu sahaja, warganet juga turut meluahkan rasa kecewa akan tindakan Seraa kerana memuat naik gambar berkenaan sedangkan sebelum ini dirinya juga yang mendedahkan aib rumah tangga mereka.



Ada juga yang positif

Bagaimanapun, terdapat juga antara warganet yang meninggalkan kata-kata semangat malah mendoakan urusan pasangan ini dipermudahkan.



Terdahulu, isteri kepada pengacara, Shuk Sahar telah mendedahkan bahawa suaminya kembali curang dengan wanita bernama Fara Salleh dengan memuat naik beberapa bukti kecurangan suaminya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen