Suami bagi hadiah, surprise isteri emas dalam ketulan ais

Oleh: Zuzu Yasmine

Rumah tangga akan lebih bahagia sekiranya isteri bahagia, itulah yang menjadi pegangan suami-suami romantis di luar sana.

Isteri pula akan lebih bahagia dan gembira sekiranya suami tercinta menghadiahkan sesuatu yang sememangnya menjadi idaman para isteri seperti barang kemas.

Mula-mula tanya je

Baru-baru ini, tular akan seorang suami yang memberi kejutan buat isteri tercinta selepas berpura-pura bertanya kepada isterinya.



Hal tersebut dikongsikan menerusi aplikasi TikTok, Aien Suraya menyatakan bahawa suaminya Ijat tiba-tiba bertanya akan barang kemas manakah yang menjadi pilihan dirinya.

Tidak menganggap bahawa perkara tersebut satu hal yang serius, dan menjawab pertanyaan itu seperti biasa.



Ada kejutan rupanya

Namun, suaminya meminta dirinya untuk ke dapur mengambil bekas plastik berwarna putih yang berisi ais di dalam peti sejuk.



Tidak sangka rupanya Ijat telah membuat kejutan buat isterinya dengan menghadiahkan barang kemas bari dalam ketulan air batu tersebut.



Teruja akan pemberian tersebut, tanpa tunggu air batu tersebut cair, Aien segera cairkan ketulan tersebut menggunakan air paip.

Perkongsian tersebut telah dibanjiri dengan pelbagai kata-kata positif selain mendoakan kebahagiaan pasangan ini. Selain menyifatkan Aien sebagai wanita yang bertuah memiliki suami seperti itu.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen