Suami isteri berjauhan dibenarkan rentas negeri, tapi bersyarat

Oleh: Zuzu Yasmine

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0 ini berkemungkinan akan berakhir pada 4 Februari nanti. Walaupun tinggal beberapa hari, tentunya agak sukar buat pasangan suami isteri yang tinggal berjauhan.



Berikutan itu, pihak kerajaan bersetuju membenarkan pasangan suami isteri yang berjauhan disebabkan kerja untuk merentas negeri dengan mendapatkan kebenaran daripada polis bermula hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang khas semalam turut membincangkan keluhan pasangan suami isteri jarak jauh yang mahu kelonggaran diberikan kepada mereka untuk merentas negeri bagi bertemu pasangan dan keluarga masing-masing.


Menurutnya, atas nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kerajaan bersetuju membenarkan pasangan suami isteri yang berjauhan disebabkan bekerja untuk merentas negeri dengan syarat mendapat kebenaran dan kelulusan Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlebih dulu.

"Kelonggaran ini akan mula berkuat kuasa esok, bagaimanapun bagi pasangan yang bergejala, mereka dinasihatkan mendapatkan rawatan terlebih dulu sebelum bergerak pulang," katanya.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen