Terkurung di dalam kontena kargo selama 3 minggu, kucing redah perjalanan 2,000 km

Kejadian yang berlaku di luar negara ini adalah diambil dari kisah benar apabila seekor kucing ditemui masih hidup di dalam kontena yang memuatkan ribuan kotak di dalamnya dengan perjalanan penghantaran lebih 2000km selama 3 minggu.

Kisah ini diceritakan sendiri oleh syarikat logistik Ukraine Star Shine Shipping LTD yang membawa barangan dari Ukraine menuju ke Israel.

Masih hidup dalam keadaan yang sihat

Kucing bewarna kelabu ini  ditemui berada di dalam kontena selama 3 minggu dan dipercayai telah masuk ke dalam kontena tersebut secara diam-diam ketika berada di pelabuhan Odessa.

Walau bagaimanapun ia masih dalam keadaan yang sihat sewaktu pintu kontena itu dibuka.

Kucing luar biasa

Untuk tempoh waktu yang lama itu juga kelihatannya mustahil untuk seekor kucing hidup lebih-lebih lagi tanpa air dan matahari. Namun kucing ajaib ini berjaya 'survive' dirinya  dengan memakan makanan yang bergizi untuk nutrien dan menjilat pemeluwapan yang terhasil di bahagian dalam permukaan logam kontena tersebut untuk dapatkan air.

Kenyataan itu dibuat setelah melihat video rakaman yang diletakkan oleh pihak syarikat tersebut pada bahagian dalam kontena.

 

 

 

Anda masih keseorangan?

6 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah laman web cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen