Bantu warga emas di jalanan, abang Askar ini dapat perhatian ramai

Jika kita diberi peluang untuk merasakan nikmat kekayaan dunia, bukan bermakna kita perlu sombong sebaliknya membantu mereka yang memerlukan kerana nasib setiap orang di atas muka bumi berbeza.

Berikut adalah perkongsian oleh saudara kita berkenaan dengan seorang warga emas yang bersusah payah keluar di tengah panas mencari rezeki demi sesuap nasi. Tak terbayang rasanya apabila mengenangkan nasib pakcik berkenaan yang terpaksa berusaha keras di tengah terik dengan kudratnya yang semakin lemah.

Masih ada insan berhati mulia

 

Kejadian tersebut telah dirakam oleh salah seorang pengguna TikTok bernama Marliana dan di situ kelihatan seorang pakcik sedang berdiri di luar sebuah restoran makanan segera turut bersama dengannya barang jualan yang diletakkan tidak jauh dari tempatnya berdiri. Barangkali mencari pelanggan untuk membeli barangannya.

Di saat semua mata hanya menjadi pemerhati, datang dua orang pemuda ke arah lelaki tua berkenaan dengan menghulurkan minuman pada awalnya, kemudian berhenti sebentar ke tepi menghulurkan makanan pula.

Video berdurasi 17 saat itu telah mencuri perhatian warganet yang rata-ratanya memuji kebaikan yang telah dilakukan oleh dua orang pemuda itu.

Semoga Allah murahkan rezeki!

Di samping itu, mereka juga titipkan doa buat pakcik dan juga dua orang pemuda tersebut di atas kebajikan yang dia telah lakukan. Semoga menjadi pedoman buat anak muda yang lain.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen