Ferrari hangus terbakar, pemandu berjaya selamatkan diri

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebuah kereta mewah Ferrari 430 hangus terbakar dalam kejadian di susur keluar Permatang Pauh di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), di sini, hari ini.



Menerusi laporan Harian Metro, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 2 petang itu.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan apabila pemandunya yang berusia 30-an sempat menyelamatkan diri.



Menurt Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.08 petang berhubung insiden terbabit.



Beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Prai dengan bantuan BBP Penanti bergegas ke lokasi kejadian untuk memadamkan kebakaran.


"Sebaik tiba, didapati Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Sungai Puyu sudah memadamkan kebakaran terbabit.

"Siasatan mendapati kereta mewah itu musnah 80 peratus dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan apabila pemandunya berjaya menyelamatkan diri," katanya.

Anggota bomba membuat tindakan 'overhaul' bagi memastikan api padam sepenuhnya sebelum menamatkan operasi pada 2.59 petang.

Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen