"Jasamu akan dikenang..." - Pencipta mi goreng Indomie meninggal dunia

Oleh: Zuzu Yasmine

Pastinya ada dalam kalangan rakyat Malaysia yang menggemari mi segera dari negara jiran ini, iaitu Indomie.

Sukacita dimakumkan bahawa pencipta Indomie, Nunuk Nuraini disahkan meninggal dunia pada Rabu lalu.



Perkara itu disahkan Ketua Perhubungan Awam Indofood, Nurlita Novi Arlaida yang mengesahkan wanita itu meninggal dunia dalam keadaan tenang pada usianya 59 tahun.

"Puan Nunuk Nuraini meninggal dunia hari ini dan pulang dengan tenang ke pangkuan Allah SWT," katanya kepada Kompas.com

Bagaimanapun, Indofood tidak menyatakan sebab kematian Allahyarham.

Allahyarham merupakan graduan dari jabatan teknologi makanan Universiti Padjadjaran di Bandung, telah bertugas sebagai 'peramu rasa' di Jabatan Mi Instan di PT Indofood CBP Sukses Makmur Tbk selama hampir 30 tahun.

Beliau mencipta pelbagai ramuan rasa produk di syarikat itu antaranya soto, rendang, rendang selain perisa mi goreng Indomie.



Untuk makluman, pada November 2019, produk Indomie dinobat sebagai ramen terenak oleh LA Times.



Produk terkenal dari Indonesia itu pertama kali dikeluarkan pada 1972 dan mendapat permintaan tinggi di seluruh negara termasuk di negara jiran, antaranya Malaysia.

Berikutan berita duka itu, warganet meminati mee segera Indomie itu mengucapkan takziah atas pemergian Allahyarham dan mengungkapkan rasa bangga atas legasi yang ditinggalkannya.

 


Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen