Pernah viral berpisah dengan ibu angkat, kanak-kanak 7 tahun ditemui meninggal dunia didera bapa tiri?

Semalam, negara dikejutkan dengan berita seorang kanak-kanak lelaki berusia 7 tahun yang ditemui meninggal dunia di kediamannya, kerana didapati lemas di dalam tong air. 

Walau bagaimanapun, hasil siasatan polis mendapati mangsa disyaki telah didera oleh ibu dan bapa tirinya. 

Pernah viral berpisah bersama ibu angkat

 

 

Kejadian menyayat hati itu telah mendapat perhatian ramai, sehingga ada yang mendakwa bahawa kanak-kanak tersebut pernah viral pada bulan Oktober tahun lepas, kerana video perpisahan bersama keluarga angkat. 

 

'Amir pergi buat selama-lamanya'

Menerusi perkongsian di Facebook salah seorang ahli keluarga angkat mangsa iaitu Tuhfah Nazihah, telah mengesahkan bahawa adik angkatnya adalah mangsa kejadian. 

7 tahun jaga penuh kasih sayang

Berita tersebut juga turut mendapat perhatian ramai, yang meluahkan rasa simpati dan sedih atas kejadian malang yang menimpa mangsa. 

Pada tahun lepas, Amir pernah tular di media sosial video perpisahan bersama keluarga angkat yang telah menjaga Amir sejak kecil atas sebab ibu kandungnya tidak dapat menjaganya kerana faktor ekonomi. 

3 bulan tinggal bersama keluarga kandungnya, Amir telah dilaporkan ditemui meninggal dunia akibat lemas di dalam tong air.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen