"Kalau kena marah sikit sekalipun, dia akan menangis, memanggil Umi..." - Ibu angkat Amir

Oleh: Zuzu Yasmine

Sejak semalam tular di media sosial apabila seorang kanak-kanak berusia 7 tahun ditemui maut dipercayai didera oleh ibu dan bapa tirinya di di Taman Krubong Jaya, Alor Gajah, Melaka.



Menerusi laporan Harian Metro, ibu angkat kepada kanak-kanak terbabit mengakui terkejut dengan pemergian Zubaidi Amir Qusyairi atau mesra dipanggil Amir kerana berlaku dengan tiba-tiba selepas tiga bulan anak angkatnya itu tidak tinggal bersamanya.

"Bukan tak (tidak) boleh terima tetapi sedih seandainya kematiannya disebabkan kekejaman manusia," kata Norlida Hassan, ibu angkat Zubaidi Amir Qusyairi Abd Malek.

Anak yang baik

Menurut Norlida, bukan hanya dirinya malah seluruh ahli keluarganya turut terkesan dengan pemergian Amir yang sudah dianggap seperti darah daging sendiri.

"Saya jaga dia daripada kecil seperti anak sendiri, tak pernah rasa beban malah bersyukur ada anak angkat sepertinya.

"Dia anak yang petah bercakap, bijak orangnya jadi pemergiannya memberi kesan bukan kepada saya seorang tetapi juga suami juga anak lain iaitu kakak dan abangnya.

"Kalau kena marah sikit sekalipun, dia akan menangis, memanggil Umi (nama panggilan Amir buat Norlida) jadi tidak kasihan ke individu itu kepadanya," katanya yang sebak dan tidak dapat menahan tangisan.

Harap dihukum seadilnya

Menurut Norlida, sebaik mengetahui berita pemergian Amir, dia dan seluruh ahli tidak berlengah sebaliknya terus bergegas ke Melaka, malam tadi dan perjalanannya dipermudahkan.


Cuba berlapang dada terima pemergian anak angkatnya itu, Norlida berharap keadilan ditegakkan buatnya jika benar dia dibunuh.

Ibu kandung beri alasan

Sehubungan dengan itu, anaknya pula Tuhfah Nazihah Md Tarmidi, 26, berkata, kali terakhir dia dan keluarganya pada akhir Oktober lalu iaitu beberapa minggu selepas menyerahkan Amir kepada ibu kandungnya.

Mengimbau kembali detik itu, dia menjelaskan bahawa suara Amir masih riang seperti kebiasaannya, bagaimanapun dia sekeluarga tidak dapat menghubungi Amir berikutan pelbagai alasan yang diberikan oleh ibu kandungnya.

"Saya dapat tahu mengenai kematian Amir selepas dihubungi jiran yang juga pengasuhnya petang semalam dan difahamkan, Amir meninggal dunia akibat lemas tetapi ada kesan kecederaan pada badannya.

"Macam tak percaya kerana ada rasa tidak sedap hati sejak kebelakangan ini kerana memikirkan Amir dan Umi (ibu) memang ada perancangan ke Melaka untuk bertemu dengannya tetapi tertangguh disebabkan PKP.

"Kami semua terkilan dan sedih malah tidak sangka dia meninggal dunia dalam keadaan sebegitu cuma buat masa ini,ma yatnya masih dibedah siasat di Hospital Melaka. Jadi,kami semua perlu menunggu keputusan penuh forensik tengah hari ini," katanya.

Semalam, kira-kira jam 4 petang itu, mangsa, Zubaidi Amir ditemukan lemas dalam tong air di rumah berkenaan dengan terdapat beberapa kesan kecederaan di beberapa bahagian badan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen