Mulai 1 Februari Singapura akan gantung kebenaran rentas sempadan ke negara tersebut

Singapura dalam satu kenyataan telah memaklumkan bahawa kerajaan mereka akan menggantung kebenaran rentas sempadan dengan Malaysia di bawah pearturan Lalun Hijau Timbal Balik (RGL) selama tiga bulan bermula pada 1 Februari ini.

Langkah berjaga-jaga

Keputusan ini telah dibuat oleh Kementerian Luar (MFA) apabila melihat ia kemungkinan besar berpotensi untuk mengurangkan kadar kebolehjangkitan kes import Covid-19 di republik berkenaan.

Selain Malaysia, dua negara lain turut terlibat iaitu Jerman dan Korea Selatan. Ini bermakna tiada lagi aktiviti perdagangan keluar masuk yang melibatkan Singapura sehingga ke satu tempoh yang telah ditetapkan oleh negara republik tersebut.

Pindaan dari semasa ke semasa

Walau bagaimanapun, di dalam kenyataan itu juga turut memaklumkan supaya para pelancong sentiasa merujuk langkah-langkah sempadan yang akan dikemaskini di laman web 'Safe Travel'  dari masa ke masa.

"Pelancong dinasihatkan untuk mengunjungi laman web untuk memeriksa langkah-langkah sempadan yang terbaharu."

-Kementerian Luar (MFA)-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen