Kahwin Di Usia Muda Perlu Lengkapkan Diri Dengan Ilmu Perkahwinan.

Apabila sebut mengenai kahwin muda, mungkin ada yang berfikiran negatif mengenai keputusan remaja yang ingin menamatkan zaman bujang mereka di usia muda. Perkahwinan itu sendiri satu tanggungjawab yang sangat berat. Malah ada yang sudah matang dan teguh dari segi sudut kewangan juga turut mengalami kegoyahan dalam rumah tangga, inikan pula mereka yang masih muda dan masih banyak yang belum cukup dalam kehidupan mereka. Walau bagaimanapun berkahwin muda bukan jadi satu masalah jika mereka telah bersedia, dari segi mental dan fizikal serta telah melengkapkan diri dengan ilmu perkahwinan dan kekuatan rohani mereka. Berkahwin muda juga tidak harus membebankan ibu bapa untuk menanggung mereka. Sebaliknya mereka mesti bersedia memikul apa juga risiko dalam perkahwinan serta dugaan yang datang.



1. Tanamkan niat berkahwin muda adalah untuk mencari keredhaan Allah dan bukan kerana nafsu semata-mata. Niat ini penting kerana jika kita jujur dan ikhlas, segalanya akan dipermudahkan Allah.

2. Bersedia dari segi mental dan fizikal bahawa anda mahu mengharungi hidup berumah tangga dalam usia muda dan itu adalah pilihan anda yang tepat.

3. Menunjukkan akhlak yang baik dan peribadi yang mulia kepada ibu bapa, adik beradik, sanak saudara, bakal isteri dan keluarganya. Ini supaya mereka yakin bahawa anda mampu mengharungi alam perkahwinan yang banyak tanggungjawabnya.



4. Pamerkan kematangan anda dalam apa yang anda lakukan. Jangan terlalu bersikap ke anak anakan, panas baran, terlalu emosional dan selalu ikut perasaan. Sentiasa menjadi orang yang sabar dan tabah.

5. Sebagai seorang Muslim sentiasa menjaga ibadah dan tanggungjawab pada Allah. Lakukan ibadah sunat seperti solat hajat, puasa, sedekah dan sebagainya bagi meningkatkan kekuatan rohani sebelum melangkah ke alam perkahwinan.

6. Dapatkan restu Ibu bapa. Ini sangat penting kerana jika ibu bapa restu perkahwinan itu walau di usia muda, perjalanan dalam mengharungi dunia perkahwinan akan juga diredhai Allah. Tunjukkan kesungguhan anda untuk memikul tanggungjawab sebagai suami atau isteri walau di usia muda.

7. Jika berkahwin muda dan terpaksa membebankan ibu bapa ia akan menyebabkan perkahwinan mudah retak. Seharusnya mereka yang ingin berkahwin muda sudah ada sumber pendapatan sendiri, seperti bekerja atau berniaga sendiri. Mempunyai sumber kewangan akan membuatkan ibu bapa atau pihak mertua lebih yakin bahawa perkahwinan muda itu tidak akan membebankan sesiapa nanti.



8. Bakal suami atau isteri mesti bijak menjalankan tanggungjawab masing-masing dan matang untuk mendirikan rumah tangga. Umpamanya bakal isteri tahu tanggungjawabnya dan sudah tahu buat kerja rumah, memasak dan mengambil hati suami. Begitu juga bakal suami muda, dia tahu tanggungjawab menanggung dan memberi nafkah isteri serta anak-anak.

9. Praktikkan komunikasi yang baik ketika hendak menyampaikan hasrat anda untuk berkahwin muda. Komunikasi yang baik dapat menghindarkan banyak konflik dan salah faham. Supaya mereka lebih faham tujuan anda dan tidak membuat andaian mereka sendiri mengapa kita mahu berkahwin muda.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen