"Dia datang dalam mimpi abang dia, minta percepat urusan..." - Ibu angkat lega pengembumian berjalan lancar

Oleh: Zuzu Yasmine

Sebentar tadi, kanak-kanak berusia 7 tahun yang ditemui mati di dalam tong air pada hujung minggu lalu telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Padang Lebar, Melaka.



Meskipun tidak dapat membawa jenazah pulang ke kediaman mereka di Rawang, Selangor, ibu angkat Allahyarham reda akan pemergian anaknya itu malah menyatakan hasrat akan selalu menziarahi pusara mangsa.

Menurut Norlida Abu Hassan, dia merasa lega dan bersyukur kerana urusan pengembumian Allahyarham berlangsung dengan lancar.



Dengan nada sayu dan berlinangan air mata, Norlida menyatakan bahawa wajah kanak-kanak malang itu terlihat segar dan seakan-akan sedang tidur.

“Alhamdulillah ‘adik’ sudah selamat dikebumikan. Umi reda apa yang berlaku dan terima kasih pada keluarga kandung arwah yang bekerjasama dengan umi hingga selesai.

“Ya, umi akan datang (ziarah) selalu sebab dia tidur sahaja, wajah dia pun segar. Dia macam tidur sahaja, anak syurga kan,” katanya.

Dalam pada itu, Norlida juga berkata, anak lelakinya ada bermimpi didatangi kanak-kanak syurga itu yang bagaikan memberi petanda supaya menyegerakan urusan pengebumiannya.

“Dia datang dalam mimpi abang dia minta percepat urusan (pengebumian), kita pun tak nak apa dah, syukur sangat dah selesai,” tambah Norlida lagi.

Terdahulu, adik Amir ditemui maut di dalam tong air dipercayai didera oleh ibu kandung serta bapa tirinya.



Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen