Baru-baru ini, kita telah digembar-gemburkan dengan spekulasi yang menyatakan bahawa pelaksanaan PKP 2.0 akan diteruskan berikutan kes baharu yang semakin meningkat meskipun tempoh PKP sedang berlangsung ini sudah hampir ke penghujungnya.
Namun, ia dianggap satu keputusan yang perlu dipertimbangkan sebaik mungkin kerana akan memberi impak yang teruk kepada ekonomi negara akan datang jika perkara itu berlaku.
Sektor kilang penyumbang peratusan kes meningkat
Walau bagaimanpun, kes baharu yang saban hari terus melonjak ini bukanlah berpunca daripada orang awam yang tidak mematuhi SOP.
"Seperti semua sedia maklum, kita tidak ada lagi kluster pasar pagi dan kluster gerai tepi jalan kerana kita ada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan selain mengambil tindakan berdasarkan fakta yang ada."
-Datuk Seri Ismail Sabri-
Sebaliknya ia tertumpu kepada pekerja tapak pembinaan dan kilang yang bukan sahaja melibatkan warga asing bahkan juga pekerja tempatan di negara ini.
"Kedua-dua sektor berkenaan(pembinaan dan kilang) merupakan antara penyumbang tertinggi Covid-19 dalam negara ini."
-Datuk Seri Ismail Sabri-
Majikan perlu lebih tegas
Justeru itu, majikan perlu mengambil tindakan yang lebih tegas dalam menghadapi situasi tersebut dengan mewajibkan pekerja mereka menjalani ujian saringan Covid-19 mulai hari ini seperti yang telah diarahkan oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan).
"Ia adalah untuk memantau status kesihatan pekerja asing yang berkemungkinan menyebarkan Covid-19 dalam kalangan komuniti tempatan."
-Datuk Seri Ismail Sabri-
Isu perumahan pekerja asing
Di samping itu, kerajaan juga amat peduli terhadap tempat kediaman pekerja asing apabila didapati ada segelintir dari mereka yang perlu berhimpit dalam satu rumah menyebabkan tiada penjarakan sosial dalam kalangan mereka.
Perkara itu perlu diambil serius kerana dilihat ia merupakan antara punca peningkatan kes Covid-19.
"Perumahan pekerja asing tidak kondusif kerana kebanyakan mereka tinggal di rumah dalam keadaan berhimpit seperti dua atau tiga orang untuk satu rumah."
-Datuk Seri Dr Ismail Sabri-
Tambahnya lagi, Ordinan Darurat akan dipinda untuk memastikan majikan menyediakan tempat tinggal yang baik kepada pekerja asing mereka .
Selain bagi mengurangkan peratusan kes baharu, ia juga berperanan untuk mengurangkan berlakunya penutupan kilang akibat melanggar SOP dan pekerjanya yang positif Covid-19.
Tinggalkan Komen