Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) dilanjutkan sehingga 18 Februari, rakyat diminta betul-betul patuh SOP

Melalui sidang media yang dibuat oleh Menteri Kanan(Kluster Keselamatan) hari ini adalah dimaklumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) di seluruh negara disambung bermula Jumaat ini sehingga 18 Februari depan.

Prosedur Operasi Standard(SOP) masih sama

Tambah beliau lagi, pelaksanaan PKP kali ini masih menggunakan pematuhan SOP yang sedia ada bagi memastikan penularan Covid-19 dapat dikekang.

"Semua SOP berkaitan akan dikeluarkan MKN dan mesyuarat juga mengambil maklum mengenai permohonan beberapa perniagaan untuk beroperasi seperti biasa."

-Datuk Seri Ismail Sabri-

Keputusan berpandu pada keadaan semasa

Namun begitu, keputusan tersebut dilakukan adalah dilihat bersesuaian dengan keadaan semasa yang mana jumlah kes baharu masih berada di tahap serius sejak kebelakangan ini.

Kenyataan itu juga dibuat setelah Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan kes harian di semua negeri masih menunjukkan trend peningkatan dengan kadar positif dalam kluster adalah 20 peratus hingga 40 peratus.

"Selain itu kes peningkatan sporadik juga tinggi membabitkan warganegara dan bukan warganegara."
-Datuk Seri Ismail Sabri-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen