"Mereka seperti cacing naik ke mata." -Polis Sabah kesal ramai asyik salahkan polis

Dalam satu sidang media, Pesuruhjaya Polis Sabah iaitu Datuk Hazani Ghazali mengakui bahawa beliau simpati dengan nasib lapan penduduk kampung di pedalaman Sabah yang dikompaun RM1,000 kerana didapati melanggar SOP PKP baru-baru ini.

Walaupun begitu, tindakan itu dibuat adalah demi memberi kesedaran kepada orang ramai bagi memastikan pandemik Covid-19 ini dapat diredakan.

Mereka seperti 'cacing naik ke mata'

Melihat keadaan dan nasib orang ramai susulan tempoh PKP ini membuatkan beliau bersimpati terutamanya kepada mereka yang membawa 'kereta sapu'. 

Pendapatan mereka yang hanyalah bergantung kepada jumlah penumpang yang menggunakan 'kereta sapu' setiap hari, namun kini perkhidmatan tersebut sudah kurang mendapat sambutan.

Justeru itu didapati ada segelintir dari kalangan mereka yang mengambil kesempatan dengan menggunakan alasan kebajikan demi menutup kesalahan yang dilakukan tambahan pula di waktu yang sukar ini.

"Mereka tidak tahu sangat (berkenaan SOP) tetapi oleh kerana si pemandu kereta sapu yang mahu mengaut untung lebih ini, pihak polis kena ambil tindakan."

-Datuk Hazani Ghazali-

'Hanya dua orang dibenarkan'

Sehubungan dengan itu, beliau turut menjawab isu yang telah tular di media sosial semalam apabila terdapat penduduk kampung yang dikenakan kompaun.

Hal itu adalah kerana mereka telah melanggar SOP PKP dengan membawa lebih penumpang iaitu 50 peratus daripada kapasiti kenderaan awam yang dibenarkan.

Tindakan lebih tegas akan dilakukan

Di samping itu, beliau turut mengingatkan supaya sentiasa mematuhi SOP kerana selama ini pihak PDRM begitu banyak menggunakan kuasa budi bicara selama tempoh PKP dikuatkuasakan namun orang ramai masih mengambil kesempatan.

Menurut beliau lagi, jika PDRM melaksanakan sepenuhnya SOP PKP yang dikuatkuasakan, maka lebih banyak kompaun yang akan dikenakan.

"Bermula hari ini juga, saya akan memastikan semua Ketua Polis Daerah (KPD) dan barisan hadapan untuk mengambil tindakan tegas dan tanpa kompromi bagi mana-mana individu yang melanggar SOP PKP ini."

-Datuk Hazani Ghazali-

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen