Lakukan U-turn secara berbahaya, doktor wanita dipercayai lakukan provokasi melampau?

Oleh: Zuzu Yasmine

Kecoh di media sosial ketika ini akan rakaman dashcam yang memperlihatkan sebuah kereta melakukan pusingan U sesuka hati dipercayai dikawasan yang tidak sepatutnya.



Berdasarkan video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter dikenali sebagai Fadzli Amin, dia menyatakan bahawa pemandu berkenaan merupakan seorang doktor malah telah melakukan provokasi kepadanya selepas melakukan pusingan U.



Menerusi video yang dipaparkan juga, doktor wanita itu juga telah mengeluarkan kata-kata kesat serta mendoakan agar dirinya dijangkiti wabak Covid-19.



Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata memberi pelbagai reaksi akan video tersebut.



Stress bukan alasan

Hal ini membuatkan warganet berpendapat bahawa kemungkinan doktor wanita berkenaan mengalami stress akan kerjanya, namun mereka juga turut mempertikaikan kredibiliti seorang petugas barisan hadapan yang memaki-hamun pengguna jalan raya lain disebabkan salah faham ketika memandu.



Tidak hanya itu, seorang pengguna Twitter juga tampil menyatakan bahawa wanita tersebut merupakan pensyarah di salah satu universiti awam, malah pengguna yang dikenali sebagai @jangggus itu menyatakan bahawa doktor wanita itu sememangnya terkenal dengan sikap agresif dan sombong.



Bagaimanapun, kesahihan video tersebut tidak dapat dipastikan kerana hanya mengetahui cerita disebelah pihak sahaja.

Sehubungan dengan itu, diharapkan kedua-dua pihak dapat selesaikan perselisihan faham ini dengan baik dan tidak mencemarkan mata-mana institusi kerajaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen