Tiga maut kereta terbabas sebelum langgar pokok getah

Oleh: Zuzu Yasmine

Pasangan suami isteri maut selepas kereta jenis Perodua Bezza yang mereka naiki terbabas lalu melanggar pokok getah di Jalan Sungai Sam-Dabong dekat Ladang Kuala Gris, semalam.

Menerusi laporan Sinar Harian, kejadian jam 9.30 itu telah mengakibatkan pemandu kenderaan terbabit Mohd Hafeez Ibrahim@Yusoff, 32, meninggal dunia di Klinik Kesihatan Dabong sementara isterinya, Surina Mohd Othman, 36, maut di lokasi.


Difahamkan seorang lagi mangsa, Rahimah Ibrahim@Yusoff, 51, yang merupakan kakak kepada pemandu kenderaan tersebut turut maut di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohamad berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dinaiki mangsa dalam perjalanan dari arah Kampung Cabang Gemas menghala ke Dabong.

"Setiba di lokasi, kereta itu dipercayai telah terbabas sendiri semasa melalui selekoh di jalan berkenaan," katanya.

Jelasnya, ekoran kejadian itu kereta berkenaan telah masuk ke dalam kawasan kebun getah lalu melanggar pokok yang terdapat di kawasan tersebut.

Beliau berkata, kesemua jenazah mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Ismail Petra untuk proses bedah siasat.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen