Percaya makan kucing ubati asma, wanita sanggup bunuh sebelum rebus haiwan tersebut

Oleh: Zuzu Yasmine

Tergamak seorang wanita bertindak membunuh dan menangkap beberapa ekor kucing sebelum merancang merebus haiwan tersebut di Kalideres, Jakarta Barat.

Difahamkan, wanita berkenaan bertindak untuk memakan haiwan tersebut bagi mengubati penyakit yang dihidapi oleh suaminya.



Menerusi laporan CNN Indonesia, perbuatan tersebut akhirnya diketahui penduduk kampung tersebut apabila menemukan satu guni berisi kucing di rumah wanita terbabit.

Malah wanita terbabit juga bertindak meminta haiwan tersebut di kawasan kejiranan dengan alasan untuk memelihara.


Susulan daripada perkara tersebut, penduduk kampung bertindak melaporkan perbuatan tersebut kepada pihak polis.



Ketua Unit Siasatan Jenayah Polis Kalideres, AKP Anggoro berkata, wanita terbabit mempercayai bahawa memakan kucing dapat membantu merawat penyakit asma suaminya.

Menurut sumber, salah seekor kucing yang dibunuh oleh wanita ini adalah milik ketua Rukun Tetangga di kawasan tersebut.



Bagaimanapun, pemilik kucing berkenaan bersetuju untuk menyelesaikan masalah ini secara baik dan tidak mahu memanjangkan kes tersebut ke muka pengadilan.

Video tersebut telah tular di media sosial dan menerima pelbagai reaksi tidak puas hati akan tindakan wanita berkenaan.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen