Kuasa rampasan dan penangkapan kini turut diberi kepada tentera

Dalam sidang media yang berlangsung pada hari ini bersama dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, beliau telah mengeluarkan arahan menurunkan kuasa polis kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi membuat penangkapan, pemeriksaan dan rampasan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021.

Usaha meningkatkan penguatkuasaan

Tambah beliau lagi, keputusan itu dibuat adalah bertujuan meningkatkan keupayaan tindakan penguatkuasaan kerajaan dalam memerangi Covid-19.

"Saya mengeluarkan arahan di bawah Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021 untuk menurunkan kuasa polis kepada ATM bagi membuat penangkapan, pemeriksaan dan rampasan semasa membantu agensi lain melakukan tugas pencegahan pendatang asing tanpa izin (Pati) dan operasi pencegahan Covid-19."

-Perdana Menteri-

Memperkukuhkan kumpulan sukarelawan

Di samping itu, Tan Sri Muhyiddin Yasin juga turut mengarahkan seramai 300 juta orang di seluruh negara dari Jabatan Sukarelawan Malaysia(Rela) bagi membantu tugasan penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) di premis perniagaan dan tempat awam.

Sehubungan ituu, kerajaan bakal melaksanakan Program Pemerkasaan Komuniti yang mebabitkan pemimpin masyarakat setempat dalam kempen pencegahan Covid-19 di peringkat komuniti masing-masing.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen