Sebaik-Baik Mas Kahwin Adalah Yang Mudah.

Satu soalan yang sering timbul dikalangan pasangan yang mahu berkahwin - apa hukum mas kahwin dalam perkahwinan? Apakah 'hadiah' yang sebenarnya perlu diberikan dari seorang lelaki kepada perempuan?



Sabda Nabi Muhamad SAW;

'Carilah, meskipun hanya berupa cincin besi'. (HR Bukhari).

Perkahwinan bukan urusan jual beli. Bila ada beberapa orang lelaki yang minat pada seorang perempuan, perempuan itu tak ada dikahwinkan dengan 'pembida' yang tertinggi. Perempuan bukan barang yang boleh dijual beli. Harga diri mereka jauh lebih tinggi.

Allah SWT berfirman;

Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan itu maskahwin-maskahwin mereka sebagai pemberian yang wajib denganpenuh kerelaan. (QS An-Nisaa' 4:4)

Di sini, Allah SWT menyuruh lelaki memberikan mas kahwin kepada perempuan. Ayat ini menunjukkan bahawa mas kahwin adalah wajib. Ia merupakan salah satu 'tiang' sebuah perkahwinan. Tapi persoalan yang lebih besar adalah, berapa jumlah yang sepatutnya diberikan?



Pertama sekali, anda perlu faham bahawa mas kahwin tak sama dengan hantaran. Banyak konflik yang terjadi bila perkara ini tak jelas. Mas kahwin adalah hadiah dari seorang suami kepada isterinya di masa akad nikah. Ia adalah hak seorang isteri untuk disimpan atau dibelanjakan mengikut penilaiannya sendiri. Berlainan dengan wang hantaran yang merupakan adat masyarakat Melayu; diminta oleh keluarga pengantin perempuan untuk 'belanja hangus' majlis meraikan pasangan pengantin baru. Belanja hantaran inilah yang sebenarnya sering membebankan pihak lelaki sedangkan belanja majlis tak sepatutnya terletak di bahu pengantin lelaki.

Sebenarnya yang wajib hanyalah mas kahwin. Dan Allah SWT telah memberitahu kita untuk memberi mas kahwin ini 'dengan penuh kerelaan'. Maksudnya, jumlah ini mengikut apa yang anda mampu. Kalau anda mampu berikan RM80, maka berikan RM80. Kalau anda mampu beri RM300, berilah RM300. Kalau anda mampu beri RM30,000 bersama sebuah rumah, maka berikanlah mengikut kemampuan dan seikhlas hati anda anda. Dalam hidup, kita kena praktikal jadi bila nak menetapkan jumlah mas kahwin, kaum perempuan boleh fikirkan ia sebagai 'wang pelindungan'. Kalaulah terjadi sesuatu yang tak diingini di masa depan, sekurang-kurangnya anda ada sesuatu untuk bantu anda nanti. Jadi fikir dengan sebaiknya.



Perlu diingat bahawa Nabi Muhamad SAW juga pernah bersabda;

'Sebaik-baik mas kahwin ialah yang mudah.' (HR Abu Daud)

Juga;

'Sebaik-baik wanita ialah yang memudahkan mas kahwin untuk dirinya'. (HR At-Tabrani)

Jadi bila ada lelaki baik yang melamar anda, anda patut minta sesuatu yang sesuai untuk hidup anda nanti tapi juga mudah untuk si dia berikan pada anda. Pilih jumlah yang anda tahu dia mampu dan tak akan susahkan dia - inilah cara terbaik untuk mendapat rahmat dalam perkahwinan anda. Bincang dengan bakal suami/isteri anda tentang nilai mas kahwin yang paling sesuai. Apa yang perlu untuk seorang perempuan, dan sesuai dengan kemampuan si lelaki. Pilih dengan adil, kerana ia adalah hak seorang isteri dan wajib diberi. Untuk isteri pula, jangan bebankan (bakal) suami anda. Jangan terlalu berkeras dan jangan susahkan dia supaya perkahwinan adalah diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen