Bila geng latah masuk 'highway' kecoh habis, abang polis sengih je dengar ayat "Selamat Tinggal Romeo" tu

Mengusik orang yang kuat melatah ini antara perkara yang paling suka dibuat orang dek kerana sikapnya yang spontan itu benar-benar mencuit hati sesiapa sahaja yang melihatnya.
Disebabkan melatah ini antara perkara yang sukar dikawal jadi ianya berlaku tak kira tempat, kadang-kadang situasi sedang tegang pun individu yang kuat melatah ini akan terus melatah.
Steady kak, walaupun depan polis
Begitulah yang terjadi kepada seorang wanita ini yang mana video dirinya sedang melatah telah dirakam oleh kawannya setibanya mereka berhenti untuk pemeriksaan polis di jalan.
"Selamat Jalan Romeo"
Video pendek itu mendapat pelbagai respon dari warganet dan apa yang lebih mencuri perhatian mereka apabila wanita berkenaan melatah dengan menyebut ayat, 'Selamat Tinggal Romeo' dan kelihatannya polis itu turut terhibur dengan sikap spontannya.
Tinggalkan Komen