Tertarik dengan Islam setelah menonton drama di Netflix, nenek ucap syahadah di usia 60 tahun

Sesungguhnya hidayah itu milik allah dan ianya akan datang kepada mereka yang terpilih tanpa mengira usia mahupun status dalam pelbagai kaedah yang berbeza dan pastinya ia sesuatu yang sangat indah.

Membongkar kisah benar dari luar negara, seorang nenek tua berusia 60 tahun telah memeluk islam atas kerelaannya sendiri. 

Terinspirasi dengan perjuangan islam

Menurut cerita nenek berkenaan yang telah dimuat naik ke dalam Youtube, dia mengambil keputusan untuk memeluk islam setelah menonton filem di Netflix yang bertajuk Resurrectio: Ertugrul.

Rasa ingin tahu

Khadijah, nama yang dipilih olehnya sendiri. Dia mengatakan telah mengulangi semua episod drama bersiri tersebut sebanyak empat kali dan mula menontonnya untuk kali yang kelima. Dia mengakui bahawa filem tersebut mempunyai pengaruh yang besar terhadapnya.

Ujarnya lagi walaupun dia seorang Katolik Baptis sebelum ini, namun setelah memasuki Islam semua tanda tanya di kepalanya telah hilang dan dia akhirnya menjadi lebih minat dengan Islam.

 

Tanggapan orang sekeliling akan keputusannya

Setelah 60 tahun menganut agama lain, Khadijah mengakui teman rapatnya kurang menyenangi tindakannya yang sudah bertukar agama. Mereka mengatakan bahawa otaknya sudah dibasuk setelah menonton drama bersiri tersebut.

Namun perkara itu sedikit pun tidak mengubah keputusan Khadijah untuk terus mempelajari lebih banyak tentang Islam.

"Saya tidak lagi membincangkan isu ini dengan orang. Saya tidak mengganggu kepercayaan mereka. Mereka juga tidak mempunyai alasan untuk mengganggu saya."

-Khadijah-

Di samping itu, dia juga mula membaca kitab suci Al-Quran dalam bahasa Inggeris untuk mempelajari lebih lanjut tentang Islam.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen