Teman wanita belum 'move on' dengan bekas kekasih, nekad gunakan khidmat penghantar untuk balas dendam

Memenuhi keinginan pelanggan adalah sebahagian daripada tanggungjawab individu penghantar makanan. Namun setakat ini di Malaysia kita belum pernah lagi didedahkan permintaan yang pelik-pelik daripada pelanggan yang memesan makanan menggunakan perkhimatan menghantar makanan.

Paling biasa selalu kalau pesan Mcd, lebihkan sos. Kalau pesan burger tak nak sayur dan sebagainya tetapi berbeza pula dengan kejadian yang berlaku di China.

Terima pesanan istimewa

Seorang penghantar makanan telah menerima pesanan dari seorang pelanggannya disertakan sekali dengan 'special request' daripada pelanggan tersebut.

"Tak perlu buat baik dengan penipu, percikkan je air ni dekat muka dia."

Rasa serba salah

Seusainya menghantar pesanan itu dan percikan air pada lelaki tersebut, penghantar pesanan seperti yang diarahkan oleh pelanggannya, dia terus bersalaman dengan lelaki tersebut yang rupa-rupanya bekas teman lelaki pelanggannya.

"Saya minta maaf, saya cuma buat seperti yang disuruh oleh pelanggan saya."

Disebabkan rasa bersalah itu, penghantar makanan terbabit bersalaman seraya menghulurkan tisu kerana kasihan melihatnya yang sudah pasti terkejut dengan kejadian yang secara tiba-tiba itu.

Tambahan pula ianya berlaku di tempat umum yang disaksikan oleh orang awam.

Siasatan sedang dijalankan

Walau bagaimanapun, menurut satu sumber syarikat penghantaran makanan terbabit menyatakan dalam satu kenyataan bahawa pihak syarikat akan menjalankan siasatan terhadap masalah tersebut.

Di samping itu, pihak syarikat turut berpesan kepada penghantar makanan yang lain supaya tidak menerima mana-mana pesanan yang tidak munasabah dari pelanggan selepas ini.

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen