3 Petua Mudah Naikkan Seri Bakal Pengantin.

Pastinya wanita yang bergelar raja sehari ingin tampil berseri dan anggun di hari perkahwinan. Di zaman serba moden ini, pelbagai rawatan dan spa yang menawarkan khidmat untuk kecantikan termasuk menaikkan seri pengantin.



1. Mandi bunga.

Untuk bakal pengantin yang ingin menaikkan seri wajah, amat dinasihatkan mengamalkan petua turun temurun orang tua iaitu mandi bunga. Bunga yang digunakan termasuk melati, melur, tanjung, mawar, kekwa, cempaka dan pelbagai bunga lain asalkan merangkumi 7 jenis bunga dan pelbagai warna. Hirisan limau purut dan limau nipis boleh dicampur bersama untuk menambah haruman. Selalunya orang-orang tua turut membaca ayat Al-Quran pada mandian ini.



2. Pati kunyit.

Kunyit juga boleh digunakan untuk menaikkan seri wajah. Ambil sebesar ibu jari, tumbuk dan perah untuk mengambil patinya (jangan campurkan air). Lakukan 2 atau 3 kali seminggu, dua bulan sebelum berkahwin.

3. Bunga mawar.

Amalkan memakan bunga mawar untuk menaikkan seri wajah. Kunyah sekuntum sehari, sepanjang 44 hari, disertai selawat nabi. Begitu juga dengan pengamalan kurma Cina yang lazimnya digunakan oleh orang Cina. Ia baik untuk menambah darah dan menaikkan seri wajah. Caranya, rebus ia dengan air hingga warnanya menjadi seperti warna teh. Amalkan seperti minum air suam.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen