Ajak berkenalan ketika 'roadblock', gadis luah rasa kesal segelintir polis tak profesional ketika bertugas

Sejak kes peningkatan Covid-19 di negara kita, kerajaan telah mengambil inisiatif bagi mengekang penularan wabak tersebut dengan melaksanakan sekatan jalan raya.

Di samping tidak membenarkan orang ramai merentas daerah dan negeri, ia juga dilihat berupaya mengurangkan kluster baharu yang berpunca daripada negeri-negeri yang berpotensi menyebarkan kadar kebolehjangkitan yang cepat.

Namun, di sebalik pelaksaan sekatan ini timbul pula isu yang kurang enak apabila didapati ada antara pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) mengambil kesempatan di atas kuasa yang telah diberikan kepada mereka.

Berikut adalah antara kejadian yang berlaku oleh seorang pengguna Twitter yang telah memuat naik perbualan antara pihak berkenaan dengan dirinya.

Pihak polis ambil maklum

Perkongsian oleh gadis yang memiliki akaun Twitter bernama  @nnnadzifah itu mencuri perhatian ramai sehingga diulang kicau sebanyak 15.3 ribu pada kenyataan beliau.

Selain itu, perkongsian gadis tersebut turut mendapat perhatian pihak Polis Diraja Malaysia(PDRM) dan mereka telahpun ambil maklum akan perkara tersebut dan akan menjalankan sisatan susulan kejadian tersebut.

Perlu ditangani

Kejadian seperti itu ternyata bukan sahaja terjadi kepada dirinya bahkan apabila meninjau ke ruangan komen rata-ratanya turut menceritakan pengalaman yang sama.

Menurut @nnnadzifah lagi hal seperti itu perlu ditangani kerana ia melibatkan etika, nilai dan integriti pekerja.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen