Menghitung hari nak kahwin, lelaki ditinggalkan teman wanita kerana bekas kekasih

Dalam setiap perhubungan, tak semua akan berakhir dengan kegembiraan. Namun, sebagai seorang yang beriman kita perlu redha dan percaya dengan ketentuan Ilahi yang sememangnya tepat.

Walaupun sukar untuk melepaskan kekasih hati yang selama ini dijaga tetapi pemuda ini perlu juga lakukan kerana kekasihnya sudah bertaut hati dengan yang lain.

 

 

Luka yang tiada pengubat

Begitulah antara luahan hati pemuda yang dikenali sebagai @HeykalRazumie apabila hasratnya ingin mengahwini wanita yang dicintainya tidak kesampaian dek kerana orang ketiga yang hadir dalam perhubungan antara mereka.

Tolonglah jangan kecam 

Namun begitu, pemuda tersebut turut meminta agar pengikutnya di Twitter yang melahut status tersebut tidak mengecam tindakan yang dilakukan oleh wanita terbabit kerana bagi Heykal mungkin itulah yang dia rasakan terbaik

 

 

Ramai yang nak beli cincin

Dalam pada waktu yang sama, Heykal turut memuat naik status mengatakan bahawa cincin itu akan dikembalikan semula kepada si pemakainya dan dia tiada keinginan ingin menjualnya walapun ada beberapa pengikutnya di Twitter sudi untuk beli kedua-dua cincin tersebut.

'Hati aku dah mati'

Peribahasa melayu ada berbunyi, terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya. Peribahasa ini memungkinkan begitulah situasi yang terjadi dalam perhubungan Heykal apabila dia kembali memuat naik status bahawa cincin tersebut tidak dikembalikan semula kepada bekas kekasihya kerana wanita itu ingin kembali menjalinkan hubungan dengannya.

Namun apakan daya, sisa baki sakit ditinggalkan masih tertinggal dalam hati pemuda itu kerana menurutnya dia dah tak ada perasaan cinta tu walaupun sudah berjuta kali cuba dipujuk.

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen