Pegawai polis sekatan jalan raya disiasat gara-gara cubaan lakukan ganguan seksual

Sejak kebelakangan ini sering kali kita dengar berkenaan dengan kejadian pelik yang menimpa pemandu sewaktu melalui sekatan jalan raya.

Baru-baru ini seorang wanita telah ditahan oleh pegawai polis gara-gara tidak membawa lesen kenderaan sewaktu melalui sekatan jalan raya.

Namun, bukan itu sahaja yang terjadi kepada wanita berkenaan sebaliknya pegawai polis turut didakwa cuba untuk membuat gangguan seksual dengan menyuruh wanita tersebut membuka baju  disertakan sekali ayat yang berupa ugutan akan menyaman wanita berkenaan jika tidak membuat hal sedemikian.

Sisatan sedang dijalankan

Ekoran kejadian tersebut, Pengarah Jabatan Integriti Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Zamri Yahya berkata bahawa pihaknya kini sedang menjalankan siasatan terhadap kes yang menimpa dua orang pemandu perempuan ini termasuklah kes pegawai polis mengajak untuk berkenalan tempoh hari.

"Bukit Aman sudah menghubungi kedua-dua wanita itu bagi mendapatkan maklumat lebih lanjut mengenai anggota yang didakwa mengganggu mereka bagi membantu siasatan JIPS."

-Datuk Zamri Yahya-

Tindakan tatatertib 

Selain itu, beliau juga turut mengingatkan Pegawai Polis bertugas yang lain agar sentiasa bersikap profesional kerana tidak ingin kejadian seperti itu berulang lagi.

Hal demikian adalah kerana ia dianggap kesalahan tatakelakuan yang serius sehingga sedar atau tidak ia boleh mencemarkan imej PDRM.

"Saya mengingatkan pegawai dan anggota polis perlu bersikap profesional dan tidak membuat sesuatu perkara atau melakukan percakapan tidak berkaitan dengan tugas rasmi yang sedang dijalankan pada masa itu."

-Datuk Zamri Yahya-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen