Peraga busana baju kurung, Datuk Seri Rina Harun dipuji semakin menawan

Baru-baru ini nama Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun terus menjadi bualan orang ramai terutamanya dalam kalangan wanita yang rata-ratanya terinsipirasi akan perubahan ke atas dirinya.

Tampak lebih anggun memakai baju kurung Pahang membuatkan timbul persoalan tentang gerangan pereka fesyen yang berbakat itu apabila busana-busana yang dipakai oleh beliau kelihatan menyerlah tambahan pula penampilan tersebut sangat bersesuaian dengan statusnya sebagai seorang Menteri.

Busana pereka fesyen terkenal

Desas-desus itu akhirnya terjawab. Individu yang sangat berbakat itu ialah Man Kajang atau nama sebenarnya Othman Abdullah.

Dia mengakui bahawa tidak menyangka sentuhannya menjadi perhatian ramai termasuklah Datuk Seri Rina juga.

"Alhamdulillah beliau menyukai idea dan rekaan yang saya buat untuknya. Sebagai pereka fesyen saya akan mencadangkan apa bersesuaian selain cuba menyesuaikan dengan kehendak pelanggan."

-Man Kajang-

Rezeki tak pernah salah alamat

Tambah pereka fesyen itu lagi, dia sangat berbesar hati apabila menerima tempahan tiga pasang baju kurung daripada Datuk Seri Rina Harun.

"Sebagai pereka fesyen, sudah tentu saya gembira apabila hasil kerja kita memuaskan hati pelanggan dan sejujurnya tiada sebarang keistimewaan pada rekaan baju itu tetapi ia bersesuaian dengan imejnya."

-Man Kajang-

Tidak hanya itu, Menteri Pembangunan Wanita itu turut menempah baju yang diperbuat dengan kain songket daripada Man Kajang untuk dipakai oleh beliau pada hari Jumaat memandangkan pemakaian baju warisan akan dipakai dalam kalangan kakitangan kementerian pada hari tersebut.

Dalam pada itu, Man tidak menafikan perhatian dan populariti beliau sedikit sebanyak memberi impak kepada jenamanya apabila ramai berminat untuk menempah baju dengannya.

Beliau seorang yang 'sempoi'

Perkenalan yang singkat itu membuatkan Man akui bahawa Datuk Seri Rina seorang yang sangat sempoi dan ringkas.

Dari sudut pandang yang lain, beliau sangat sopan dan profesional terutamnya bagi menghadiri majlis-majlis penting.

"Alhamdulillah beliau sangat 'sempoi' dan cukup bersahaja malah personalitinya cukup menyenangkan."

-Man Kajang-

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen