Anggota polis disyaki 'ganggu' wanita sewaktu bertugas telah dikenalpasti

Sebelum ini tular berkenaan anggota polis didapati menyalahgunakan tugas yang diberi sewaktu menjalankan tugas menjaga sekatan jalan raya, hari ini satu kenyataan telah dikeluarkan bahawa anggota polis tersebut telah pun dikenalpasti.

Tindakan segera

Menurut Datuk Zamri Yahya dari Bukit Aman, siasatan sedang dijalankan.

Bagaimanapun tindakan segera telah dilakukan iaitu mengeluarkan anggota polis yang terlibat daripada tugas sekatan jalan raya sementara menunggu siasatan.

"Kami akan menyiasat perkara itu secara telus dan teliti."

-Datuk Zamri Yahya-

Mangsa telah dihubungi

Di samping itu, pihak polis juga telah mendapatkan keterangan daripada kedua-dua wanita terbabit supaya dapat memperjelaskan lagi gambaran sebenar.

"Kami telah merakam kenyataan kedua-dua wanita itu dan kami akan mencari lebih banyak bukti yang berkaitan dengan kejadian itu."
-Datuk Zamri Yahya-

Selain itu, beliau turut memaklumkan bahawa polis juga sedang mencari saksi lain yang dapat mengesahkan tuduhan yang dibuat pengadu sekaligus menggesa individu yang menghadapi kejadian yang sama tampil agar polis dapat menyiasat perkara tersebut.

 

 

Anda masih keseorangan?

1,050,000 orang sudah mendaftar di Baituljannah.com, sebuah platform cari jodoh muslim dan hampir 10,000 pasangan sudah melangsungkan perkahwinan.


Saya merupakan seorang
- pilih -

Mencari calon pasangan
- pilih - berumur

25 - 40 tahun

Artikel Lain

Tinggalkan Komen